Social Icons

Laporan TMJ bakal berkahwin belum sah

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Yang Berhormat Dato' Abdul Rahim Ramli

JOHOR BAHRU - Khabar angin yang tersebar di dalam media sosial mengatakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan masih belum dapat disahkan.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Yang Berhormat Dato' Abdul Rahim Ramli berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung perkara tersebut apabila surat pekeliling Mesyuarat Jawatankuasa Santapan dan Jamuan Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja tersebar luas di laman sosial.

"Saya tidak tahu menahu tentang sebarang surat pekeliling berhubung perkara ini, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenainya buat waktu ini.

"Minta maaf, itu saja yang boleh saya katakan.

"Bagaimanapun, saya meminta media dan rakyat Johor menunggu pengumuman rasmi mengenai perkara itu tidak lama lagi," katanya ketika diminta mengulas berhubung spekulasi tersebut semalam.