Social Icons

PBNJ sedia bantu FAM - Tunku Ismail


JOHOR BARU: Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam mutu pengadilan di negara ini dan mempertikaikan sama ada bookie telah mempengaruhi mereka.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu meneliti keputusan yang dibuat dalam beberapa perlawanan baru-baru ini.

Tunku Ismail mengambil contoh beberapa insiden di mana beliau bersemuka dengan pengadil ketika perlawanan Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United di Stadium Larkin. JDT menang 1-0 pada perlawanan itu.

Video selama 93 saat yang tersebar di YouTube itu menunjukkan Tunku Ismail bersemuka dengan pengadil untuk membantah keputusan perlawanan itu.

Tunku Ismail berkata beliau hanya meminta penjelasan daripada pengadil tersebut punca dia membatalkan gol awal yang dijaringkan JDT pada perlawanan itu.

Menurut beliau, PBNJ telah menghantar video dan aduan rasmi kepada FAM mengenai keputusan pengadil itu tetapi sehingga kini 'masih belum menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada badan pentadbir utama sukan bola sepak negara itu'.

Tunku Ismail turut meminta FAM untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas pengadil untuk memastikan jika ada di antara mereka dibelenggu masalah bookie.

"Sehingga hari ini FAM masih belum melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah mutu pengadilan yang akan menghancurkan masa depan arena bola sepak tempatan," katanya.

Tunku Ismail berkata FAM perlu mempertimbangkan untuk menjadikan khidmat pengadil sebagai tugas profesional bukan hanya untuk pekerja sambilan.

"Sekiranya mereka (FAM) tidak mempunyai dana untuk itu, PBNJ akan membantu mereka dalam apa jua sekalipun, termasuk memberi bantuan kewangan, kerana kita mahu pengadil profesional di negara ini untuk meningkatkan kualiti dan standard bola sepak di Malaysia," katanya.

Sultan Johor Mahu Mubarak Bantu Kerajaan Tangani Perpecahan



JOHOR BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu agar Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memainkan peranan membantu kerajaan menangani masalah perpecahan yang berlaku pada masa kini.

Baginda bertitah, sebagai seorang bekas pemimpin politik anggota Mubarak pasti mengetahui punca dan sebab fenomena ini berlaku.


"Dengan pengalaman yang luas dan pahit dalam bidang politik sebelum ini, saya percaya saudara saudari mempunyai pandangan dan jawapan tersendiri.

"Oleh yang demikian, adalah wajar bagi anggota Mubarak memberikan pendapat dan berbincang dengan pemimpin kerajaan sedia ada, baru mengambil tindakan meraih semula sokongan padu rakyat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung kali ke-10 Mubarak di Persada di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman serta lebih 1,200 perwakilan dan jemputan dari seluruh negara.

Sultan Ibrahim turut melahirkan rasa bimbang dengan tanda-tanda perpecahan kini, bertitah ia berlaku apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang telah pun diterjemahkan melalui kemerosotan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Persoalannya, mengapa rakyat tidak lagi memberikan sokongan penuh kepada kerajaan BN?.

"Adakah disebabkan rakyat tidak setuju dengan pembangunan yang dibuat atau hilang kepercayaan kepada pemimpin atau parti yang memerintah?," titah baginda.

Baginda turut tidak menafikan cabaran dalam bidang politik pada masa kini adalah berbeza dengan 10 tahun lalu terutama dengan kemajuan teknologi maklumat dan kebebasan media sosial.

"Pelbagai bentuk maklumat boleh diperoleh daripada sumber Internet bukan sahaja fakta, tetapi juga fitnah dan tomahan boleh dipaparkan ruang maya yang tiada kawalan," titah baginda.

Justeru, titah baginda kerajaan harus berubah dan menggunakan pendekatan baharu untuk memenangi hati rakyat selain bersikap lebih tegas dan berani demi kepentingan awam.
-- BERNAMA

'Saya belajar dari kesilapan' - Tunku Ismail


TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail bertitah, baginda akan melakukan perubahan struktur bagi memantapkan lagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk saingan Liga Super tahun depan.
   
Katanya, jurulatih baru JDT, Cesar Ferrando Jimenez akan membantunya di dalam "membersihkan" JDT daripada masalah-masalah yang dihadapinya dan seterusnya membawa pasukan ke tahap yang tinggi pada musim depan.
   
"Kita perlu menyelesaikan banyak masalah dalam pasukan. Saya telah belajar daripada kesilapan tahun ini dan tidak akan mengulanginya lagi.'"
   
"Saya memberi jaminan pasukan JDT akan memberikan lebih banyak impak pada saingan tahun depan," katanya pada sidang media untuk memperkenalkan Jimenez dan penyerang baru JDT musim depan, Braulio Nobrega Rodriguez di Stadium Larkin, di sini hari ini.
   
Tunku Mahkota Johor berkata perubahan yang akan diperkenalkannya itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di negara ini sebelum ini, bertujuan memajukan lagi sukan bola sepak negara.

Jimenez merupakan jurulatih yang berpengalaman dan pernah melatih pasukan utama di dalam La Liga Sepanyol termasuk Atletico Madrid, Valencia, Salamanca dan Albacete.
   
Sementara itu, Rodriguez juga pernah beraksi dengan pasukan-pasukan seperti Atletico Madrid, Real Zaragoza dan Hercules di dalam La Liga Sepanyol serta mewakili skuad bawah 20 tahun negara ini tidak lama dahulu.
 

Pemain berusia 27 tahun itu akan digandingkan dengan bekas pemain kebangsaan Argentina dan kelab Benfica di Portugal, Pablo Aimar, bagi memantapkan lagi jentera serangan JDT musim depan.
   
Menurut Tunku Mahkota Johor, Jimenez akan membawa sama jurulatih taktikal, Andres Tebar yang akan bertindak sebagai pembantunya terutama di dalam perkara berkaitan taktikal serta kecergasan.
   
Walaupun hanya akan menyertai JDT musim depan, tetapi kedua-dua mereka kata Tunku Mahkota Johor, akan berada di Johor bagi membiasakan diri dengan cuaca dann keadaan persekitaran.

"Rodriguez akan memulakan latihan dengan JDT, manakala Jimenez akan mengkaji secara keseluruhan tentang pasukan dan memberi cadangan-cadangannya.  Baginda bagaimanapun tidak akan 'kacau' pasukan JDT sedia ada," katanya.  
   
Ditanya tentang Aimar pula, baginda berkata, bekas pemain Argentina itu pada ketika ini sedang menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya dan akan ke Johor tidak lama lagi untuk menyertai JDT.
   
Tunku Mahkota Johor juga meminta penyokong Harimau Selatan supaya bersabar berikutan prestasi tidak menentu JDT musim ini dengan berkata, pembangunan sesebuah pasukan mengambil masa dan kejayaan tidak berlaku dengan pantas.
   
Bagaimanapun katanya, pencapaian JDT musim ini dengan menduduki tempat ketiga di dalam Liga Super dan kejayaan memasuki final Piala FA membuktikan peningkatan prestasinya berbanding tahun-tahun sebelum ini.
   
Mengenai isu bekas jurulatih JDT Fandi Ahmad pula, baginda berkata, lagenda bola sepak Singapura itu meletakkan jawatan selepas berjaya membawa JDT ke suatu tahap yang membanggakan musim ini.
   
"Beliau (Fandi) bukan gagal. Kami amat menghargai sumbangannya kepada bola sepak Johor," kata Tunku Mahkota Johor. - Bernama

Aturcara Kembara Mahkota Johor 2013


Aturcara Hari Pertama
24.8.2013 (Sabtu)
Pada hari pertama Kembara Mahkota Johor 2013, destinasi pertama ialah ke Kg. Sg. Tempayan, Pekan Nenas, Pontian.
BERLEPAS
LOKASI
MASA MAJLISJARAK
750
ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU
60 MIN
17 KM
1045
KG SG TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN
45 MIN
66 KM
LALUAN – PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, L/RAYA PASIR GUDANG, JLN JB/A.HITAM (SKUDAI), JLN PONTIAN, PEKAN NENAS, KG SG BURONG, KG SG TEMPAYAN
1245
DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN
75 MIN
51 KM
LALUAN – BANDAR PONTIAN, AYER BALOI, SANGLANG, BENUT.
1430
DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU,  BATU PAHAT
45 MIN
53 KM
LALUAN – JLN BENUT, TAMPOK, RENGIT, SENGGARANG, TG LABOH, SG SULOH, MINYAK BEKU
1615
SUNGAI SIMPANG KIRI, PARIT SULONG, BATU PAHAT
75 MIN
30 KM
LALUAN – SG AYAM, PATAH PEDANG, MINYAK BEKU, JLN JERAGAN, JLN AMPUAN, JLN RAHMAT, JLN SULTANAH, JLN ZABEDAH, JLN TONGKANG PECAH, JLN PT JALIL, JLN Y/PENG, JAMBATAN PT SULONG.
1800
PANCHOR,  MUAR
60 MIN
37 KM
LALUAN – JLN PT SULONG-MUAR, KANGKAR SENANGA, PAGOH, JLN PANCHOR
-
ISTANA TANJUNG, MUAR (BERMALAM)
-
39 KM
LALUAN – SIMPANG PAGOH, PEKAN BKT PASIR, BY PASS, JLN ABD RAHMAN, JLN OMRI, ISTANA TANJUNG
JUMLAH  -  293 KM

---------------------------------------------
 Aturcara Hari Kedua
25.08.2013 (AHAD)
Hari kedua Kembara Mahkota Johor kali ini bakal menyaksikan pelepasan DYMM Tuanku bersama Kru Kembara daripada Bangunan Sultan Abu Bakar , Muar menuju ke Bandar Kluang.

BERLEPAS
LOKASI
MASA MAJLISJARAK
800BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR, (TANGGA AGONG) PELEPASAN, MUAR (PELEPASAN)--
1000TAMAN TANGKAK JAYA,  LEDANG75 MIN30 KM
LALUAN – BANDAR MUAR, JLN KESANG, PT BUNGA, SG MATI, TANGKAK, JLN HOSPITAL, TANGKAK JAYA
1215ONE SEGAMAT, SEGAMAT60 MIN56 KM
LALUAN – TANGKAK JAYA, SAGIL, BKT SERAMPANG, DURIAN CHONDONG, BKT KEPONG, JLN TEKAM – POGOH, PAYA PULAI, BANDAR SEGAMAT
1415SMK SRI BALI, CHAAH, SEGAMAT75 MIN62 KM
LALUAN – REDONG, LABIS , SG KARAS, BEKOK, CHAAH.
1715PADANG MPK, PALOH, KLUANG75 MIN51 KM
LALUAN – LABIS,  CHAAH , KANGKAR BARU, PALOH
-SRI LAMBAK, KLUANG
(BERMALAM)
-37 KM
LALUAN – JLN PALOH, BANDAR KLUANG, JLN MENGKIBOL, SRI LAMBAK
JUMLAH  – 236 KM



---------------------------------------------

 Aturcara Hari Ketiga
26.08.2013 (Isnin)



Hari ketiga penjelajahan Diraja ini akan dimulakan dari Kluang, dengan beberapa persinggahan di Kluang menuju ke beberapa destinasi di daerah Mersing dan diakhiri di Sebana Cove, Kota Tinggi

BERLEPAS
LOKASI
MASA MAJLISJARAK
750SRI LAMBAK, KLUANG
800DATARAN TASEK PUTIH, KLUANG (PELEPASAN)05 MIN02 KM
LALUAN – JLN MENGKIBOL , DATARAN TASEK PUTIH.
945KG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG60 MIN46 KM
LALUAN – BANDAR KLUANG, KG GAJAH, JLN KLUANG – MERSING, KAHANG, KG SRI LUKUT
1145PUSAT PENYELIDIKAN EKOSISTEM MARIN (EKOMAR) TG RESANG, MERSING60 MIN66 KM
LALUAN –PENGKALAN BATU , BANDAR MERSING, JLN ENDAU, PENYABONG, TG RESANG
1400PANTAI  AIR PAPAN, MERSING120 MIN11 KM
LALUAN – PENYABONG, TG RESANG, JLN PANTAI PENYABONG-AIR PAPAN,AIR PAPAN ( ISI BAHANAPI DI MERSING)
1515FELCRA SG. ARA,  KOTA TINGGI (REHAT)15 MIN64 KM
LALUAN –JLN AIR PAPAN, JLN PANTAI, BANDAR MERSING, JEMALUANG,SIMPANG TENGGAROH, FELCRA SG. ARA.
1700PANTAI TELUK MAHKOTA , TGSEDILI, KOTA TINGGI60 MIN49 KM
LALUAN – FELCRA SG ARA, MAWAI, KUALA SEDILI, SEDILI KECIL, TG SEDILI.
-SEBANA COVE , KOTA TINGGI
(BERMALAM )
-83 KM
LALUAN – KUALA SEDILI, TG BALAU, DESARU, BANDAR PENAWAR, SEBANA COVE

JUMLAH  -  321 KM

---------------------------------------------

Aturcara Hari Keempat
27.08.2013 (Selasa)
Bagi pengembaraan bertemu rakyat Kembara Mahkota Johor 2013 hari yang keempat, DYMM Tuanku dan kru KMJ akan melawat kampung-kampung di sekitar Kota Tinggi kemudian di Kulaijaya dan di Gelang Patah.

BERLEPASLOKASIMASA MAJLISJARAK
800SEBANA COVE ,KOTA TINGGI-
1015KG JOHOR LAMA75 MIN59 KM
LALUAN – SEBANA COVE, BANDAR PENAWAR, SG MAS, FELDA AIR TAWAR, JALAN TELUK SENGAT, JLN  KG JOHOR LAMA
1100DATARAN KOTA TINGGI , KOTA TINGGI (REHAT)15 MIN28 KM
LALUAN – JLN DESARU, AIR TAWAR 1, JLN TUN SRI LANANG, BANDAR KOTA TINGGI,
1315DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG RAHMAT , KULAIJAYA75 MIN69 KM
LALUAN – BANDAR KOTA TINGGI, JLN TUN HABAB, JLN LOMBONG, INAS, KG SENGKANG, KELAPA SAWIT, KG RAHMAT
1615PADANG  AWAM, GELANG PATAH120 MIN58 KM
LALUAN – JLN KULAI, TOL SEDENAK, L/RAYA U/SELATAN, TOL SENAI (U), TOL LIMA KEDAI, L/RAYA LINK KEDUA, SUSUR GELANG PATAH, PEKAN GELANG PATAH ( MAJLIS PENUTUP)
-ISTANA PASIR PELANGI-36 KM
JUMLAH – 250 KM

Fungsi Dewan Negeri Johor


DEWAN Negeri Johor terdiri daripada Sultan sebagai Ketua Negeri, seorang Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang menang dalam pilihan raya.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 Bahagian 2 Fasal 26, pembukaan rasmi Dewan Negeri Johor dilakukan oleh Sultan pada setiap pertengahan tahun. Pada upacara pembukaan ini, Sultan menyampaikan ucapan serta perutusan dalam Dewan Negeri.

Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan. Kesemua Exco, termasuk Menteri Besar, yang juga sebahagian daripada Ahli Dewan Negeri, adalah atas lantikan Sultan.

Keanggotaan Ahli-ahli Dewan Negeri akan kekal selama lima tahun sekiranya Dewan Negeri tidak dibubarkan dalam tempoh berkenaan. Sultan mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Negeri. Apabila Dewan Negeri dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa 60 hari dari tarikh pembubaran.

Dewan Negeri yang baru akan dipanggil untuk mengadakan mesyuarat pada satu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh berkenaan. Jika sesebuah kerusi dikosongkan secara mengejut, tempoh dua bulan diberikan untuk mengisi kekosongan berkenaan seperti yang termaktub dalam Bahagian 2 Fasal 23: “Sesebuah kerusi yang kosong dengan mengejut itu hendaklah diisikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlakunya kekosongan itu.”


Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap 7(1) menetapkan segala mesyuarat Dewan Negeri diadakan sebanyak empat kali setahun, sementara mesyuarat Dewan Negeri di dalam satu-satu penggal persidangan itu hendaklah diadakan pada  hari dan waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Speaker.

Seseorang Ahli Dewan Negeri boleh, pada masa yang sama, memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Negeri, setiap Ahli Dewan Negeri diwajibkan mengangkat sumpah di hadapan Speaker. Ahli Dewan Negeri dikehendaki bersumpah dan berjanji bahawa mereka akan menjalankan tugas-tugas sebaik mungkin dan berikrar taat setia kepada Negeri dan Negara, sekali gus mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Segala Rang Undang-undang atau Bil yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri akan ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan akan menjadi undang-undang setelah disiarkan dalam Warta Kerajaan.


Fungsi lain Dewan Negeri adalah: 
  • Persidangan Dewan Negeri
  • Memilih Speaker.
  • Membahaskan titah Ucapan Sultan.
  • Pemasyhuran daripada Speaker.
  • Membawa usul-usul untuk dibahaskan, sama ada untuk diterima atau ditolak.
  • Membawa rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri setelah disahkan oleh Speaker.
  • Mengemukakan pertanyaanpertanyaan kepada Menteri Besar berhubung hal-hal yang termasuk dalam urusan jabatan rasminya.
  • Memberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri untuk menyampaikan ucapan puji-pujian, ucapan takziah atau memberi penerangan sendiri.
  • Memberi peluang kepada Menteri Besar untuk memberikan penjelasan.

Persidangan Dewan Negeri
Dewan Negeri yang hendak bersidang mestilah mempunyai bilangan Ahli mengikut jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (56 bagi penggal sekarang), yang termasuk seorang Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli Dewan Negeri.

Perjalanan Dewan Negeri Johor adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Peraturan- Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.

Mengikut Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap 5, Persidangan Dewan Negeri Johor dijalankan dengan menggunakan Bahasa Melayu. Johor adalah satu-satunya negeri yang tidak menggunakan perkataan ‘Undangan’ pada Dewan Undangan Negeri kerana sudah tertakluk di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 bahawa hanya istilah Dewan Negeri digunakan.

Persidangan Dewan Negeri turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan Ex-Officio yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan.

Peranan Ahli Dewan Negeri ketika persidangan berlangsung ialah menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam atau berbincang secara terbuka mengenai isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat.

Pembentangan Belanjawan Negeri Johor diadakan pada penghujung tahun sebagaimana yang dijadualkan.

Fungsi Speaker Dewan
Mengikut Bahagian 2 Fasal 24(1A) dan 24(1B), Speaker Dewan Negeri boleh dipilih sama ada di kalangan Ahli Dewan Negeri atau bukan Ahli Dewan Negeri.

Selain berperanan mengetuai persidangan, Speaker juga bertanggungjawab mengawal perjalanan mesyuarat dan membuat keputusan atas apa-apa isu yang dibangkitkan di dalam dewan oleh Ahli Dewan Negeri.

Fungsi Jurutulis
Jurutulis bertindak sebagai ketua kepada urus setia persidangan Dewan Negeri. Berbeza dengan negeri-negeri lain yang menggunakan gelaran Setiausaha Dewan sebagai setiausaha mesyuarat, pelaksana tugas yang sama untuk Dewan Negeri Johor ialah Jurutulis atau Penolong Jurutulis.

Sebelum persidangan Dewan Negeri dimulakan, Jurutulis akan menghantar surat pemberitahuan mesyuarat kepada Ahli Dewan Negeri sekurang-kurangnya genap 21 hari dari hari persidangan hendak diadakan.

Walaupun begitu, jika terdapat perkara yang perlu disegerakan, surat pemberitahuan mesyuarat akan dihantar seberapa segera yang boleh.

Jurutulis juga bertanggungjawab menerima soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri yang akan dikemukakan dalam persidangan, mendapatkan jawapandaripada ketua-ketua jabatan berkaitan perkara yang memerlukan penjelasan serta rundingan, usul dan ucapan penangguhan daripada Ahli Dewan Negeri.

Selain itu, Jurutulis juga menjadi setiausaha kepada tiga Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah kuasa Dewan Negeri.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang ada pada masa ini adalah:
  • Jawatankuasa Kira-Kira Raya.
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
  • Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri.

'Beri kerjasama sepenuhnya kepada MB baru' - Sultan Johor


JOHOR BAHRU, 15 Ogos 2013 - Sebentar tadi baru sahaja selesai upacara perasmian DUN Johor bagi penggal pertama DUN ke 13. Perasmian disempurnakan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Majlis ini dihadiri oleh Menteri Besar, Dato Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin Johor, EXCO-EXCO, semua ADUN Johor dan Ketua-ketua Jabatan.

Dalam majlis perasmian tersebut, Sultan Ibrahim bertitah penuh dengan makna tersirat dan tersurat bagi mereka yang ingin memahami dan mengambil berat titah Tuanku. Tapi bagi insan-insan dungu yang tidak mahu ambil tahu, sampai bila-bila akan buat bodoh sahaja.

Sultan Ibrahim amat prihatin dan sangat mengambil berat mengenai isu-isu Johor. Tuanku bukanlah campur tangan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, tetapi sebagai Ketua Kerajaan Negeri Johor dan selaku Sultan, baginda amat  peka sebarang perkembangan hal ehwal negeri Johor. 

Antara titah ucapan Sultan Ibrahim yang menarik, Tuanku bertitah bahawa kini telah bermulanya era pentabiran MB Johor yang baru. Johor kini dipimpin oleh Dato Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin. Disamping itu Tuanku turut bertitah supaya semua ahli DUN Johor memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau.


MASA UNTUK BEKERJA
Baginda juga bertitah bahawa masa untuk berkempen politik telah tamat, kini tiba masanya ADUN yang dipilih bekerja untuk rakyat yang mengundi mereka. Turut disentuh Tuanku, wakil rakyat perlulah menjadi contoh kepada rakyat dan menjaga tingkah laku serta imej sebagai seorang pemimpin dan menjalankan tugas dengan tanggungjawab dengan mengutamakan rakyat berbanding peribadi mahupun parti politik. 

Baginda turut meminta semua yang hadir mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang ada di Negeri Johor. Atas alasan itu, baginda telah melantik 3 wakil bangsa Johor dalam Jemaah mesyuarat Johor selepas PRU 13.

"Masa untuk kempen politik sudah selesai dan sekarang adalah masa untuk bekerja. Suara dan kehendak rakyat haruslah disalur dengan betul dan tertib bukannya dengan cara protes yang biadab atau menganjurkan demonstrasi jalanan. 

"Semua rakyat Johor pula teruskan hidup bersatu padu demi menjaga keamanan negeri. Janganlah membangkitkan isu agama dan perkauman sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat," tegas baginda.


PEMBANGUNAN EKONOMI JOHOR
Paling menarik baginda turut menyentuh mengenai kepesatan pembangunan ekonomi Johor, baginda berharap kerajaan mengkaji semula projek-projek penswastaan yang tidak berjalan dengan lancar dan dan meneliti perjanjian yang tidak menguntungkan supaya kerajaan negeri bebas daripada hutang dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. 

Baginda bertitah peranan dan tujuan anak-anak syarikat kerajaan negeri juga perlu disusun semula supaya selaras dengan dasar kerajaan selain mengelakkan kerugian serta pembaziran sumber kewangan kerajaan. 


RUMAH UNTUK RAKYAT
Tuanku turut mendesak supaya kerajaan lebih prihatin dan berusaha membantu rakyat memiliki rumah mampu milik baginda juga turut menyeru supaya pemaju hartanah lebih prihatin dan tidak hanya memfokuskan keuntungan dengan menetapkan harga hartanah yang tinggi yang hanya dapat menarik perhatian pembeli asing.

"Kerajaan perlu bertindak membantu rakyat memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan manakala pihak pemaju pula janganlah terlalu tamak untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi hanya untuk menarik pasaran daripada pembeli warga asing. 

"Kadar pelaburan yang tinggi di negeri sepatutnya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pekerjaan lebih baik dan kehidupan selesa, tetapi malangnya kehidupan rakyat menjadi semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan harga rumah yang melambung tinggi," titah baginda sambil menambah bahawa kerajaan negeri perlu mengenal pasti skim perumahan yang sesuai untuk penghuni setinggan bagi membolehkan mereka berpindah dari tanah milik kerajaan negeri.

Baginda juga bertitah kerajaan negeri juga perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dan tegas dalam menangani isu setinggan memandangkan isu itu masih tidak dapat diselesaikan setelah lebih 50 tahun merdeka kerana kerajaan terlalu berlembut dalam mengambil tindakan. 


HENTIKAN PENGURNIAAN TANAH
Baginda juga turut menitahkan supaya kerajaan negeri menghentikan dasar mengurniakan tanah kepada peneroka tanah kerajaan atau rizab hutan. Dasar kurniaan tanah itu seolah-olah memberi keistimewaan kepada penceroboh dan tidak berlaku adil kepada rakyat yang patuh kepada undang-undang.

"Pemantauan tegas oleh Pejabat Tanah perlu dilakukan memandangkan pengurniaan tanah terbabit akan mengakibatkan pencerobohan tanah berlaku secara berterusan dan dijadikan isu politik menjelang pilihan raya untuk menuntut hak milik tanah," titah baginda. 


ALAM SEMULA JADI
Bagi menjaga alam semula jadi, Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar pemberian kuota pembalakan dan segala aktiviti pembalakan di negeri ini boleh dihentikan jika perlu. 

Sultan Johor bertitah kedudukan rizab Orang Asli juga perlu dikaji daripada segi kesesuaiannya kerana didapati ada kawasan rizab tersebut telah diteroka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. 

Titah baginda, Orang Asli juga tidak boleh membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada kerajaan atas dasar tanah pusaka dan sebagainya kerana kerajaan telah banyak memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada mereka bagi mengubah nasib kehidupan. 

Sultan Ibrahim juga meminta kerajaan bersikap tegas terhadap pengawalan bilangan pelawat yang dibenarkan memasuki kawasan Taman Negara Gunung Ledang, Endau-Rompin dan kepulauan Mersing supaya khazanah alam tidak terhapus akibat kebanjiran pelawat. 

Baginda yang turut mengisytiharkan Taman Negara Kepulauan Mersing kini dikenali sebagai 'Taman Laut Sultan Iskandar' mahu satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengawal selia aktiviti laut di kepulauan berkenaan.

Sultan Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013

JOHOR BAHARU, 14 Ogos (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim, yang diiringi kerabat diraja, pemimpin negeri dan ketua jabatan, akan menjelajah ke seluruh negeri ini dengan motosikal berkuasa tinggi menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013 dari 24 hingga 27 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil berkata kembara kali ke-16 merentasi 10 daerah melibatkan laluan sejauh 1,100 kilometer itu akan bermula di Dataran Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan berakhir di Padang Awam Gelang Patah di sini.

"KMJ yang dimulakan sejak 2001 berjaya menyemarakkan jalinan erat antara institusi raja, pemimpin negeri, kerajaan dengan rakyat jelata. Bertemakan 'Kembara Ke Arah Perpaduan', kembara kali ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan di kalangan kaum di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran KMJ 2013 oleh Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi Rabu.

Berangkat sama ke majlis itu, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim serta paduka putera lain.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri Johor dan pegawai kerajaan.

Obet berkata pelbagai acara kemasyarakatan diatur oleh semua pegawai daerah di setiap laluan yang disinggahi Sultan Ibrahim dan rombongan baginda.

Beliau berkata Sultan Ibrahim akan turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kepada golongan yang layak.


"Sultan Ibrahim turut berkenan diadakan cabutan bertuah di setiap daerah, yang hadiahnya berupa pakej ziarah ke lokasi yang diperkenan baginda, bagi setiap wakil kaum yang bertuah.

"Hadiah cabutan bertuah itu akan memberikan makna yang lebih besar kepada rakyat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya.

Majlis prapelancaran KMJ 2013 itu turut diserikan dengan upacara memotong kek sempena ulang tahun ke-54 keputeraan Tuanku Raja Zarith Sofiah hari ini.

Selanjutnya
Aturcara Kembara Mahkota Johor 2013

Sultan Johor pilih menu untuk rumah terbuka

Sultan pilih menu untuk sampaikan kepada tetamu di Hari Raya



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, akan mengadakan rumah terbuka di 'rumah' baginda di Istana Pasir Pelangi pada hari kedua Hari Raya.

Baginda lebih suka rakyatnya menghabiskan hari Hari Raya pertama bersama ahli keluarga masing-masing, itu adalah salah satu sebab mengapa Keluarga Diraja Johor mengadakan rumah terbuka pada hari Hari Raya kedua.

"Hari Raya pertama adalah hari untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga," titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama wartawan di Istana Pasir Pelangi.

Ia adalah adat untuk Keluarga Diraja Johor menghabiskan Hari Raya pertama dengan ahli keluarga terdekat, para kenamaan, ahli-ahli Jemaah Diraja Johor, menteri-menteri dan para jemputan yang lain termasuk dari negara-negara jiran.

Pada tahun ini, Sultan Ibrahim dan anakanda baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar menziarah makam nenek moyang yang telah mangkat dan saudara-mara beberapa hari sebelum Hari Raya, bukan pada sehari sebelum Hari Raya seperti amalan biasa.

Sultan Ibrahim memutuskan untuk mempercepatkannya untuk memastikan para pengiring baginda akan dapat menghabiskan malam Hari Raya bersama ahli keluarga masing-masing.

Adinda Sultan Ibrahim, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid Almarhum Sultan Iskandar adalah diantara rombongan diraja yang berangkat menziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bharu dan Makam Diraja di Masjid Temenggong Daing Ibrahim di Teluk Belangah, Singapura.

Pada hari Hari Raya kedua, rumah terbuka keluarga diraja akan diadakan pada jam 9:00 pagi sehingga jam 4:00 petang dan dijangka lebih 15,000 rakyat akan hadir.

Sultan Ibrahim bertitah baginda berharap rakyat dapat menghadiri rumah terbuka dan menikmati menu yang baginda pilih sendiri.

"Saya mahu semua orang menikmati sendiri, sekali gus menu yang dipilih mewakili semua masyarakat di negara ini," titah baginda.

"Yang menjadi pilihan semestinya makanan Johor, terutama nasi beriani yang terkenal di negeri ini, kambing panggang dan laksa Johor.

"Penjual steamboat sate atau dikenali sebagai satay-satay yang terletak berhampiran Padang Seri Gelam akan menempatkan van di kawasan Istana Pasir Pelangi di mana para tetamu boleh menjamu selera dengan satay-satay." titah baginda lagi.

Penjual lain yang dijemput ke rumah terbuka tersebut termasuk Penjual Rojak Buah dan Rojak India yang biasanya beroperasi di hadapan Foon Yew High School di Stulang.

Sultan Ibrahim yang mahu semua orang menikmati suasana Hari Raya telah menambah menu seperti lontong kering, sate, ketupat, rendang, sambal kacang, serunding, soto, mee goreng dan kuey tiau goreng.

Pencuci mulut seperti biskut Raya, kek, ABC dan cendol juga akan dihidangkan.

Suri Sultan DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta paduka putera dan puteri akan turut bermesra melayan tetamu.